Sabtu, 13 Oktober 2012

Senarai Harga Kitab Thurath dan Terjemahan Kitab Thurath

1. Mukhtasor Jiddan - RM 10
2. Syarah Azhari - RM 10
3. Mutammimah - RM 8
4. Paku Iman - RM 3
5. Syarah Ibnu Aqil - RM 65
6. Tashil Nil Amani - RM 10
7. Kailani - RM 10
8. Tuhfatul Murid ( Syarah Tauhid ) - RM 55
9. Fathul Qarib - RM 25
10. Fathul Muein + Matan Hikam - RM 75
11. Iqna' ( jilid 1&2 ) - RM 150
12. Irsyadul Ibad - RM 55
13. Tuhfatul Thulab - RM 55
14. Sabilal - RM 70
15. Sulam Sibyan - RM 60
16. Minhajul Thalibin - RM 60
17. Ta'lim Muta'alim - RM 24
18. Hud-Hudi ( Dhobit ) - RM 15
19. Khazain - RM 4
20. Munyatul Musolli ( Dhobit ) - RM 15
21.Mishbahul Munir - RM 5
22. Fathurrahman ( Kitab Tajwid ) - RM 12

Pengenalan Tentang Kitab Thurath yang di Terjemah

Terjemahan Klasik Moden Arab-Melayu

Kitab Thurath ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan konsep terjemahan Harfi yang sederhana. Hasilnya, adalah teks terjemahan Harfi-Maknawi yang mempunyai gaya bahasa klasik yang mudah difahami. Keistimewaan konsep terjemahan ini adalah; ia dapat membantu memahami teks asalnya yang berbahasa Arab berikutan susunatur perkataan-perkataannya yang hampir

sama, iaitu ia dapat membantu kita mengenalpasti kedudukan I’rab kalimah-kalimah pada ibarat Arabnya.
Antara ciri-ciri penulisan konsep ini yang perlu diperhatikan :
  -Tanda-tanda penulisan rumi digunakan terutamanya noktah, koma, kurungan dan tanda soal. Walaubagaimanapun, fungsinya tidak berjalan seratus peratus kerana perbezaan yang besar didalam gaya bahasa pada kedua-dua bahasa tersebut. Didalam bahasa Arab, perkara yang sah pada ayat yang lengkap, berada ditengah ayat utama. Noktah pada teks terjemahan ini terkadang tidak menunjukkan ayat selepasnya adalah jumlah yg tersendiri. Perkataan selepas noktah dimulakan dengan huruf kecil, menunjukkan ia adalah sambungan ayat yang terdahulu (‘athof ). Ringkasnya, pembaca perlu sentiasa peka dengan kedudukan i’rab sesuatu perkataan.
  -Bentuk Mabni Lil Majhul diterjemahkan sebagai Mabni Lil Ma’lum dan sebaliknya.
  -Alif dan Lam Ma’rifah didatangkan sebagai Isim Zohir, dan sebaliknya.
  -Dhomir didatangkan sebagai Isim Zohir dan sebaliknya.
  -Tidak diterjemahkan istilah-istilah Arab yang biasa digunakan.
Semua ini bertujuan melancarkan penyampaian menggunakan Bahasa Melayu, supaya ia tidak kedengaran pelik berbanding Bahasa Melayu semasa.